hidup emak,umi,ibu,mama,mak,bonda dan sewaktu dengannya |
itu hari aku ada post pasal haruan-makan-anak-anak-makan-taik..kisahnya si anak tinggalkan mak dia kat hotel bajet..tapi selang beberapa hari,aku bangun pagi kemudian selepas selesai menghirup kopi,aku pun ke ruang tamu rumah.seperti biasa abah aku dah beli senaskah surat khabar sama ada utusan melayu atau pun harian metro sebab memang sejak aku kenal dunia itu ja akhbar kegemaran dia,harian metro pun cuma 2-3 tahun kebelakangan ni dia baca untuk sesetengah hari..dan pagi itu yang terdapat kat atas meja ialah surat khabar harian metro..
melihatkan tajuk utama akhbar itu buat aku tersenyum..hmmm,akhirnya si anak menuntut ibunya kembali.walaupun berlaku percanggahan maklumat dalam berita di surat khabar,temuramah di youtube dan sebagainya aku tetap salute dengan si anak dan tumpang gembira untuk mereka..tahniah la hang masih ada hati dan perasaan..
aku tak tau apa yang terjadi antara hang dengan mak hang tu tapi aku sangat syak yang hang dah baca blog aku dan bertaubat lalu pergi menuntut mak hang balik..power jugak tulisan aku ni,benarlah kata orang lidah dan penulisan itu lebih tajam dari mata pedang kahkahkah..
No comments:
Post a Comment