Tidak dinafikan dialek kuala/kuale/lembah sungai perak begitu signifikan dalam pembinaan identiti negeri Perak itu sendiri. Tetapi yang kebanyakan masyarakat luar tidak tahu ialah Perak sebenarnya mempunyai lain-lain dialek. Seperti di semester pertama di Universiti aku ni dulu,aku dicop rakan kelas sebagai budak Kedah. Depa jadi pelik bila aku cakap aku orang Perak. 'mengapa kamu tidak bercakap seperti wahid senario?' tanya seorang awek Sabah pada aku.
Negeri power ini dikurniakan lima jenis dialek utama yakni dialek utara,dialek patani,dialek kepulauan Indonesia,dialek selatan semenanjung dan yang popular sekali tentunya dialek kuala/kuale/lembah sungai perak. Tidak seperti Negeri Sembilan yang asyik dengan Jang yang tak habis-habis dan Kelantan dengan sek kito jange pecoh nya.
Dialek utara boleh ditemui penuturnya di bahagian utara negeri ini yakni tempat aku sendiri seperti Taiping,Bagan Serai,Parit Buntar hingga ke Pantai Remis. Barangkali kerana kewujudan Kampung Kedah di sesetengah kawasan yang berorientasikan pertanian padi telah menyebabkan dialek ini berkembang di bahagian utara negeri Perak. Namun ada juga pendapat yang mengatakan ancaman siam pada tahun 1821 telah membuatkan orang-orang Kedah yang kecut telor dengan Siam melarikan diri ke sini. Tetapi di sini juga boleh ditemui dialek kepulauan Indonesia ia itu Banjar. Penutur-penutur Banjar boleh ditemui begitu banyak di Bagan Serai dan Parit Buntar. Komuniti mereka begitu kulaan sekali. Sapa tak tau maksud kulaan mohon pergi dapur ambik pisau dan bunuhlah diri. Semangat kekulaan mereka begitu kental sehingga boleh ditemui diatas jalan raya, kerapkali terlihat pelekat kenderaan di cermin belakang berbunyi 'kulaan niring napa takurihing'.apa maksud dia aku pun tak berapa ingat dah sebab lama dah kawan aku tolong translate dulu,hangpa nak tau p google translate sendiri. Dekat kampung aku jugak ada sorang pak cik tukang rumah ni orang banjar,kalau dia maki hang dalam banjar umpama kena maki dalam bahasa hindi, satu habuk tak paham kahkahkah.
Dialek patani pulak boleh ditemui di kawasan hulu perak seperti Gerik, Kroh, Lenggong dan Batu Kurau. Arwah tok che dengan tok aku pun guna dialek ni. abah aku pun tak kurang hebatnya kalau dia buat come back guna dialek ni,tambah-tambah masa jumpa adik beradik dia,perghhhhhhh..rasa macam duduk dekat Kota Bharu time tu.
Manakala di bahagian Batang Padang membawa ke Bagan Datoh dialeknya dipengaruhi selatan semenanjung seperti Johor dan Selangor. Tapi takdak la ek ek ek bunyi hujung dia. Hal ini dikatakan berlaku kerana orang-orang dari Selangor yang takdak telor telah melarikan diri semasa perang saudara berlaku di Selangor sekitar tahun 1860an dulu.
Di bahagian Perak tengah seperti Kuala Kangsar, Sayong, Karai, Kg. Gajah, Bota dan Tanjung Blanja dialek paling berpengaruh di Perak boleh ditemui. Berbekalkan semangat Hantu Kak Limah ,Mr.Os dan dibantu si Usop Wilcha dialek ini terus diberi nafas sebagai dialek seluruh negeri Perak untuk dijadikan identiti.
Kesimpulannya walaupun kepelbagaian dialek boleh ditemui di Perak, tetapi masyarakatnya masih tidak berpecah belah bergaduh sesama sendiri hingga membawa berlaku perang saudara seperti orang Selangor suatu masa dahulu. Pengguna setiap dialek tidak menuntut dialeknya dijadikan identiti. Malah tumpang bangga untuk setiap dialek yang ada. Perak juga terbukti baik,aman sentosa sehingga suatu masa dahulu orang-orang Selangor dan Kedah yang penakut menjadikannya tempat melarikan diri.
si Perak Man ni aku tak tau la pulak guna dialek apa dulu |
No comments:
Post a Comment