09 March 2012

Haruan makan anak, Anak makan taik sampai benak




Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah 
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

bait-bait lirik dari lagu dendangan Allahyarham Sudirman hj Arshad ini sangat meruntun hati bagi sesiapa yang mempunyai naluri menyayangi ibubapa.mungkinkah si pelaku untuk video diatas sebenarnya seekor dubuk atau musang hingga sanggup bersikap sedemikian rupa?

berdasarkan pengalaman keluarga aku menjaga arwah tok dulu memang tak disangkal perlukan hati ikhlas dan kesabaran dalam menjaga orang tua apatah lagi yang lumpuh dan nyanyuk..walau bagaimana karenah mereka kita sebagai anak perlu mendepaninya saja,bukan dengan ini caranya..meninggalkan mereka sebelum mereka meninggal satu perbuatan paling keji dimuka bumi..

kalau jaga bayi makin lama makin cerdik tapi menjaga orang tua makin lama makin seperti anak kecil..tapi lihatlah pengorbanan mereka semasa menjaga kamu di masa kecil. mereka boleh menjaga 3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15 orang anak hingga berjaya dan besar tapi dalam ramai anak ini takkan tak mampu menjaga SEORANG IBU? bangang abadi betul manusia seperti ini.sayangilah ibu bapa anda selagi masih bernyawa.

p/s: Al-Fatihah kepada Bedah binti Hitam dan Zainal Abidin bin Mohd Noor.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...