10 January 2013

Memberansangkan yang meransang

Blog picisan macam aku ni mana ada pengikut setia, nak pulak blog laki. Mana nak ada shawl tutorial macam Maria Elena. Tapi takpa, aku bukan nak cari populariti. Cuma saja suka-suka melepas ketagihan menulis panjang-panjang. Aku tak tau kenapa, tapi memang macam best laaaa menulis panjang-panjang ni. Padahal zaman sekolah dulu projek kampung yang cikgu bagi haram nak siap. Haihhhh

Sebenarnya aku dah wujud dalam dunia blog ni sejak 2010 lagi. Waktu tu aku tertarik nak masuk dunia blog ni sebab pensyarah aku cakap 

'sebagai pelajar universiti,kamu semua sepatutnya ada blog'

2011 pulak aku pernah menulis artikel untuk sebuah zine bola bawah tanah. Kumpulan pembaca aku pun tak tau sapa, tapi boleh laa nak try dah alang-alang orang mintak. Tahun 2012 pulak aku ada tulis dua artikel berkenaan modifikasi kereta lalu di emelkan kepada sebuah majalah kereta dan Alhamdulillah, salah satu artikel tu disiarkan walaupun pada awalnya ada sikit perselisihan faham sampaikan bermaki-makian dekat emel dengan ketua editor majalah tu. Depa selamba ja tak letak nama aku sebagai penulis, diletak pulak nama orang lain. Mengamuk la aku. Lepas mengamuk depa pun berjanji akan letak satu ruangan RALAT untuk menjernihkan keadaan. Tapi lepas dari tu membuatkan aku dah malas nak jadi penulis jemputan kat situ sampai sekarang. 


Tahun ini pulak, 2013 baru membuka tirai aku diberi kepercayaan untuk jadi penulis percubaan kat sebuah laman web bolasepak dunia katanya kahkahkah. Depa ni ada audien yang besar dan cerdik belaka, jadi originaliti dan ketelitian dalam mengemukakan fakta tu sangat perlu dititikberatkan. Berdasarkan poll aku jauh ketinggalan, tapi peduli apa aku? aku malas nak promote dekat kawan kawan facebook. asalkan ini feedback pembaca. Kalah pun puas hati dari menang tapi kena maki.



Untuk apa pandang haters kalau pujian lagi banyak dari haters kan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...