18 January 2013

Dilema seorang Melayu

Bukan mudah menjadi seorang Melayu. Melayu kalau mengikut kajian alter terahsia, ialah satu bangsa yang kaya raya. Harta melimpah ruah ke seluruh pelusuk alam. Piramid pertama yang dibina kat dunia pun bukan dibina semasa tamadun Mesir purba yang sedang pesat maju ketika itu tetapi semasa tamadun Melayu yang lebih awal lagi, tetapi telah dipadamkan sejarahnya oleh penjajah. Betapa awalnya tamadun Melayu itu bermula sehinggakan piramid itu yang terletak di Pahang kini bertukar menjadi gunung, iaitu Gunung  Tahan. Kekayaan nenek moyang orang Melayu digambarkan sehingga anak cucunya tak perlu bekerja, duduk ja rumah makan tanggung berak cangkung. Sebab itulah orang Melayu itu pemalas. Masa belajaq malas, masa main bola malas, semua malas.

...... begitulah kisahnya kenapa orang Melayu itu pemalas.

Berdasarkan kajian orang yang masa SPM banyak subjek dapat kredit cukup-cukup makan jugak dikatanya pulak harta Jeneral Yamashita semasa perang dunia kedua ada disimpan disana la sini la apa la. Aku hairan, kenapa kau tak kaya kalau kau dah tau dekat situ simpannya harta tu? Ya, jadi seorang Melayu itu susah. Kita juga merupakan kaum bani israel yang telah hilang dari radar kaum bani israel itu sendiri katanya. Kita mempunyai tugas yang besar!! kita diberi tugas untuk menyelamatkan seluruh umat islam yang ditindas didunia ini. Dari Ambon membawa ke Tak Bai membawa ke Myanmar untuk membantu Rohingya seterusnya membawa ke China membela kaum Uighur yang ditindas lalu ke Rusia membantu kaum Chechen dan ke bahagian-bahagian dunia lain seperti Gaza dan sebagainya.

...... besar amanat yang diberi kepada kita bukan?

Tapi sayang, tak lama dahulu kita dituduh mantan perdana menteri sebagai MUDAH LUPA. Kita mudah lupa segala-gala. Dari janji yang kita taburi, formula matematik, jadual berkala dan yang lebih menyedihkan ialah kita lupa nak mandi wajib dan sembahyang. kah kah kah. Tapi tak mengapa, kita boleh berbangga diangkat sebagai bangsa yang penuh santun, berbudi pekerti dan rajin menolong orang. Ya, Melayu itu lemah lembut. Hatinya halus mulus, disapa secara lembut maka lembutlah hatinya seperti aku malam kelmarin . . . . .

...... hmmmmmmmmmmm

Malam kelmarin aku pergi ke bank, untuk mengeluarkan sejumlah wang sebagai perbelanjaan. Aku tenang meletak kereta di hadapan bank itu lalu aku ke ATM machine dan mengeluarkan RM100. Selesai urusan, aku pun menuju ke kereta. Tapi belum sempat aku buka pintu aku terdengar suara orang memberi salam yang senang aku bahasakannya disini sebagai "Mat k-pop" berdasarkan gaya pakaiannya. Berambut kemas berkaca mata, mengenakan vest hitam dipadankan bersama skinny hitam dan berkasut kelabu yang aku agak dibeli di cotton on . . . . . . .

Mat k-pop : Bang, saya tadi nak ambik duit tiba-tiba kad saya kena telan. Saya dah tak tak tau nak minta tolong dekat sapa. Saya dah berdiri kat sini setengah jam dah tunggu kalau ada melayu datang. Saya nak isi minyak balik Sg.Buloh je. Dari tadi asyik cina dengan india je. Saya tak nak la mintak tolong dengan diorang.
Aku dapat membaca apa yang bakal diperkatakan dia selepas itu, sambil memusingkan kepala ke kiri dan kanan bagi memastikan betul ke takda Melayu langsung dan aku terkejut! Benar kata dia! lalu aku pun terus bersuara.
Aku : Alamak, bro. Aku kalau  nak bagi banyak tak boleh la. Kalau takat ngam-ngam minyak kau dalam RM10 tu boleh la.
Mat k-pop : Bang macam ni la bang, abang bagi saya nombor telefon abang. Esok saya telefon abang saya bayar balik. Saya nak pinjam RM20. Saya kerja dekat xxxxxxxxx , esok dalam waktu lunch abang datang tunggu la dekat area Starbuck tu saya turun bagi balik.
Memikirkan seseorang yang berwajah selamba dan penuh harapan aku pun mengiyakan saja tanpa banyak bicara. Dan yang lebih kebetulannya aku seperti sememangnya dipilih oleh Tuhan untuk menjadi penyelamat kepada dia ialah duit yang aku withdraw tadi keluar sekeping RM50 dan 5 keping RM10!! Ajaib! Lalu dia ambik nombor telepon aku dan mempelawa untuk memberi nombor telepon dia, tetapi aku tolak sambil berkata "its ok, I trust u". Dan esoknya aku tak terlalu mengharap pun ditelepon semula. Aku cuma tunggu dan kalau terima panggilan aku pergi, kalau tak ada aku redha. Dan seperti kebiasaan seorang Melayu yang ketika meminta tolong atau menawarkan sesuatu atas dasar Melayu, dia hanya sepi sehingga kini. Aku tak marah, cuma kecewa sebilangan Melayu yang masih seperti ini. Dia cuma menguatkan lagi perumpamaan buruk iaitu "janji Melayu" yang bermaksud janji yang tak ditepati. Mungkin benar kata mantan perdana menteri, MELAYU MUDAH LUPA hinggakan dia lupa nak telepon aku. Aku tenang, kerana aku ikhlas semasa membantu dia tanpa memikirkan walau sekelumit perasaan yang dia ingin melakukan penipuan. Allah itu adil dan pasti membalas setiap keburukan mahupun kebaikan yang manusia buat. Aku berfikiran positif sebab dengan RM20 dia tak akan kaya pun, dan aku jugak tak akan muflis dengan RM20 tu. Kepercayaan mamat tu terlalu murah. Lain laa RM2 juta. Mungkin juga kerana hal itu, Allah telah membalas keikhlasan aku dengan menghantar seseorang untuk membeli kasut Dr.Martens yang dah lama aku post nak jual dekat facebook. Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...