02 December 2012

Makin Tua Makin Menjadi , Selamat Tinggal Sayang

Yaa, makin tua makin menjadi-jadi. Hari ni seharian aku menungkan maksud "makin tua makin menjadi ni". Dan antara sebab tua ni la sehelai jersi kesayangan telah berjaya dijual dengan MYR 500.. Yang tak tahu menilai mesti tertelan segumpal air liur mendengarkan ini. Aku telah menjual sehelai jersi away manchester united 1997 aku kepada seorang brother ni. Kini koleksi aku hanya tinggal suam suam kuku dan tidak segah dahulu yang pernah mencecah angka ribuan ringgit. Selain dari jersi aku juga seorang collector jam tangan. Tapi aku bukan macam party people dekat zouq atau mat rempit shopping mall yang collect G-shock warna warni sebab zaman G-shock ni aku pakai masa aku darjah 3 sampai 6. Sejak cikgu matematik aku cakap orang yang pakai jam digital ni orang bodoh sebab tak reti tengok jam aku pun slow slow bawak masuk tangan dalam laci meja sekolah dan balik terus beli jam analog hihihi,aku collect jam analog yang tidak berjantungkan bateri,maksudnya automatik. nanti nanti la aku dedahkan koleksi jam aku tu,sekarang ni berdamailah jersiku di Cyberjaya

tuhhh depan sekali tuh
training kit manchester united 1997 umbro original,sapa nak sila letak harga

Sama jugak seperti kereta sebagai contoh. Toyota AE86 yang sepatutnya sekarang mungkin berharga MYR 10K dah jadi sampai MYR 70K. Ada sebab ia berlipat ganda nilainya antaranya nilai estetikanya sendiri dan dalam kes AE86 yang termasuk dalam senarai kereta idaman aku ni penyebab dia ialah cerita Initial D iaitu siri kartun jepun yang juga pernah difilemkan. Sebuah lagi kenderaan dimata aku sebagai tak masuk akal harganya kini ialah Datsun sss 510. Kereta ini mula diburu peminat kereta selepas kejayaan filem tranformers yang menggunakannya. Kesannya bukan setakat itu, malahan ada pemilik kenderaan klasik ini terpengaruh dan pergi bercakap dengan kereta mereka kerana mereka percaya kereta buruk itu juga boleh merubah menjadi robot transformer kah kah kah.

abang ipar aku cakap kereta ni enjin mesin rumput
genius reka bentuk dia tak macam saga BLM 
aku tunggu james bond pakai kereta ni ja dalam filem dia lepas tu aku jual 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...