Semalam balik rumah aku terpaksa menyapu sedikit minyak angin di tengkuk sebab aku bertegang urat dengan kawan pasal hero jadi ini pendapat aku. Sebelum menuju kepada yang lebih serius anda haruslah memahami terlebih dahulu maksud hero yang akan dikupas ni secara total ya..benar omongannya haruslah total belaka. Merujuk kamus dewan edisi ketiga (1994) muka surat 452 definisi hero ialah orang yang terkenal atau disegani kerana keberanian (kegagahan,peribadi yang mulia dan lain lain). Hero juga boleh didefinisikan sebagai watak lelaki utama dalam cerita,filem dan lain-lain.
Hero ini boleh dikategorikan sebagai terlalu subjektif sama halnya dengan cantik. Kedua-duanya memberikan satu perspektif yang berbeza kepada setiap orang. Hero di lapangan bola sepak,hero sebagai seorang doktor di sebuah hospital kerajaan mahupun swasta,hero sebagai seorang mat rempit yang handal mempersembahkan pelbagai aksi-aksi berbahaya yang kadangkala agak gila dan sebagainya. Hero kita sebagai umat islam tidak lain tidak bukan ialah Rasulullah S.A.W yang telah menempuh segala jenis rintangan dan cabaran dalam menegakkan syiar islam dimuka bumi ini.
Hero adalah sesuatu yang akal kita mentafsirnya sendiri tanpa perlu disogokkan dengan kata-kata orang lain. Sebagai contoh jika kanak-kanak mengatakan yang superman,batman dan spiderman itu adalah hero mereka mampukah kita meracun fikiran mereka mengatakan itu bukan spesis hero? jawapannya ialah BUANG MASA.
Bagi aku sendiri hero-hero yang diketengahkan didalam buku teks sejarah di sekolah dahulu sebenarnya tidaklah sehero mana. mereka hanya menjadi hero dimasa kini secara tidak disengajakan. mereka hanya bangkit berjuang hanya kerana periuk nasi mereka diganggu oleh orang inggeris. mereka tak boleh memungut cukai lagi dan tidak mempunyai kuasa diwilayah wilayah yang sepatutnya mereka bermaharaja lela. pernahkan kita tahu bagaimana sikap mereka ketika bermahraja lela? mungkin juga kaki perogol,perompak dan zalim seperti yang banyak ditunjukkan dalam filem melayu lama. jika bukan kerana pihak inggeris melarang mereka memungut cukai dan berkuasa adakah mereka akan dicatatkan sebagai hero dan bangkit menentang? tiada siapa yang tahu. Hero-hero yang dicatatkan jugak lebih banyak akhirnya memilih untuk berhenti memberontak setelah pihak inggeris memberikan pencen dan sebidang tanah.. nah!!! inilah heronya.
Ironinya ia sama seperti situasi politik di Malaysia ini sekarang. Kau fikir nak ke diorang memikirkan masalah korang? Setiap ahli politik itu menjaga periuk nasi masing masing dan yang bodohnya ialah rakyat jelata yang bergaduh sesama rakan sendiri kerana perbezaan pendapat politik. Dan aku pulak hanya memerhati manifesto siapa yang terbaik untuk diri. muehehehe ;)
mempunyai ciri sempurna untuk diangkat sebagai hero |
No comments:
Post a Comment