Petugas SPR ni dapat satu keistimewaan yang pasti akan buat makwe-makwe diluar sana jeles. Keistimewaan itu ialah kami akan mengundi secara undi pos. Beza undi pos ini ialah kami tidak perlu dicalit tangan dengan dakwat kekal yang akan mengotorkan jari. Ya lah takda la kotor kuku tambah-tambah yang warnakan kuku. *ok hambar. Dalam hal undi pos ini hanya beberapa jenis manusia ja yang dapat, yakni petugas SPR, tentera/polis,pelajar luar negara dan kakitangan yang berada diluar negara.
sampul undi pos |
kandungan dalam |
surat saksi |
Kami ni dilarang tinggalkan pusat pengundian, waima bilik mengundi itu sekalipun. Boleh tinggal pun sekejap ja untuk makan dan solat. Dan didalam bilik undi tu jugak terdapat dua orang ejen pusat undi bagi setiap parti yang bertanding. So, sebarang kemungkinan penipuan dalam pengundian tu memang susah la nak buat. Yang cakap macam orang terer sangat tu mari bergaduh dengan aku. Kalau setakat copy paste atau shared orang punya cerita tak payah sembang. Menarik sebernarnya bekerja masa tu, macam-macam gelagat ada.
Salah satu gelagat yang paling barua sekali ialah ada pak cik ni aku nak calit dakwat tu dia tak mau, lepas bagi hujah-hujah yang dakwat tu boleh bawak solat dan merupakan satu kewajipan atau aku tak benarkan kerani ketiga keluarkan kertas undi terus dia cakap
"ha nak sangat,nah ambik" sambil menghulurkan jari hantu kat aku.
"pak cik ni hidup dah lama, jari telunjuk pun tak tau ke? balas aku dalam nada darah muda.
"oh, ingat jari ini" balas dia selamba.
Eh celaka, saja nak provok. Memang dalam taklimat dah diberitahu bentuk-bentuk provokasi yang bakal dilalui oleh kami. Aku sampai sekarang hangat hati teringat pak cik tu. apa dia dulu mengaji quran tak pernah langsung ke guna jari telunjuk sampaikan tak tau langsung tu?
Tepat jam 5.00 petang kami terus menutup pintu bilik undi dan mula "seal" kotak undi. waktu tu Ejen perlu keluar sehingga dibenarkan masuk untuk memulakan proses mengira. "seal" depan ejen dan bukak pun depan ejen. Masa bila nak main tipu masa undi? Ejen tu tak bodoh ok. Jangan la orang ramai nak tuduh kami ni bukan-bukan ok. Proses undi pun dibuat dihadapan ejen itu sendiri. Satu per satu kami buka dan tunjuk kertas undi tu. Kalau BN kami masukkan dalam bakul BN, kalau PAS kami masukkan dalam bakul PAS. Lepas tu kami kira depan ejen tu jugak sampai dia puas hati.
Itu prosesnya, sekarang ni aku nak bukak satu rahsia. Dekat pusat undi aku untuk DUN, BN menang menentang PAS tapi dengan bilangan majoriti yang kecil. Tapi untuk Parlimen pulak, PKR menentang BN. Dan yang anehnya BN menang dengan undian besar. hurmmmmm
Sudah la, aku penat ni. Tulis banyak-banyak bukan ada orang baca pun. Nah aku sediakan sedikit gambaran dan suasan masa hari membuang undi hari tu.
badigol yang mewakili PR dan BN |
kotak undi dan kerani yang tengah rilex |
bakul bakul proses undi |
kotak undi yang kena "seal" sebelum mula mengira undi |
ejen kira undi |
haaa, ini air petugas yang dahaga kah kah kah |
No comments:
Post a Comment