06 December 2012

Resepi Durian Crepe

Blog aku ni ada satu labels yang bernama resipi memasak. Dah la eja resepi tu salah jadi resipi jadi aku rasa bersalah bila takdak resipi dalam blog aku ni. Maka hari ini aku nak menebus kesalahan aku dengan memasukkan resepi power diabad ini yakni durian crepe.

Peduli apa aku kah kah kah

Langkah pertama ialah ambik buku nota salin apa yang abang nak kabor ni ye mak cik mak cik, adik adik, kakak kakak.

bahan bahan:
  1. 250grm tepung gandu
  2. 2 biji telur
  3. 500ml santan
  4. 1/2 sudu teh garam
  5. Pewarna (suka hati la nak warna apa, yang pekida tu boleh la bubuh warna hijau,kuning,merah)
  6. 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
  7. Isi Durian yg telah dilenyek. Bukan kulit durian ok.

(sukatan untuk 30 ketul ja ni,nak banyak-banyak hang darab la sendiri)


Bahan bahan tu mudah saja nak didapatkan dikedai kedai yang berdekatan dengan rumah anda. Selepas dah sediakan bahan-bahan tu basuh tangan dulu ok.. Jangan nak pengotor sangat. Ini pulak cara nak buat dia.


Cara-cara:
  1. Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
  2. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
  3. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
  4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan dalam peti sejuk


Begitulah caranya. Sebenarnya aku sendiri pun tak pernah makan benda ni kah kah kah. Nantikan resepi seterusnya dari abang iaitu lemang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...