13 December 2012

Harimau Menangis

Secara jujurnya ini dah pun aku jangkakan dari awal lagi sebelum kempen dimulakan dengan melihat keputusan perlawanan pemanas badan yang sangat mengecewakan. Sehinggakan dengan sebuah pasukan yang bola sepak bukanlah sukan yang utama pun hanya mampu seri,yakni Bangladesh. Mana abang-abang yang kerja bawak bas kilang pagi-pagi angkut mat mat bangla nak letak muka? mana nak letak muka?

"Tenang semua,saya masih bereksperimen,kami akan tunjukkan taring di perlawanan sebenar"

Kata Datuk K.Rajagobal yang menerima gaji bulanan RM80,000.00 sebulan dari FAM.

Ok,kami tunggu. Nah tibanya perlawanan pembukaan di hadapan penyokong sendiri kita dimalukan 3-0. Seperti biasa alasan demi alasan diberi dan dia menyalahkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat. Sedangkan jelas pemain kesayangan beliau sejak belum baligh yakni Aidil banyak membuat kesilapan sebagai pertahanan tengah. Tapi beliau tetap tenang.

"Dulu kita dibelasah 5-1 dalam perlawanan pembukaan,ini baru 3-0. Pertandingan masih panjang. Saya tahu buat kerja saya"

Jawab Datuk K.Rajagobal sambil menempelak peminat bola sepak Malaysia yang sudah tak keruan dengan situasi itu.

Di perlawanan seterusnya Malaysia menang dengan Laos. Dan kali ini beliau terpaksa menggunakan beberapa pemain yang bukan kesayangannya dan ternyata mereka lebih reti main bola termasuk Azamudin Akil yang berasal dari Kuala Lipis yang hanya dipanggil di saat akhir menggantikan "Zaq-One" untuk didaftarkan kerana tercedera sehari sebelum sepak mula Piala AFF berlangsung.

Mereka terus dianggap hero kepada Harimau Malaya dan dikesempatan itu DKRG terus menggunkan khidmat mereka termasuk untuk perlawanan menentang Indonesia yang diakhiri dengan kemenangan bergaya. Namun didalam pasukan masih terdapat pemain yang menjadi liabiliti kepada pasukan sebagai contoh Safee Sali yang 4 bulan tidak bermain bermain bola dan terpilih hanya kerana beliau pemenang kasut emas di kejohanan AFF yang lalu. Selain itu Safiq Rahim yang dikatakan arkitek tengah yang hebat pula tidak konsisten bersama pasukan Selangor didalam liga super dan piala Malaysia juga terpilih selain Fakri Sarani yang entah apa apa main dengan Felda United dan yang paling janggal ialah 3 orang pemain Kedah yang tersingkir ke liga perdana yakni liga divisyen kedua di Malaysia juga diberi kerpercayaan menyarung jersi kebangsaan.

Indraputra,Sharul Azwari,Piya,Rozaimi,Nurul Azwan Roya antara nama yang bagi aku masih relevan walau veteran dan boleh memberi kejutan walau masih muda. Lihat saja pasukan Singapura yang menggunkan khidmat pemain baru dan lama untuk pasukan mereka. Mereka juga nyata tidak gentar untuk menghadapi Malaysia melalui kata-kata ketua pasukan mereka Sharil Ishak

"kami tahu pasukan mana yang juara di Malaysia dan kami bernasib baik hanya 2-3 orang pemain dari pasukan itu yang dipilih mewakili Malaysia kerana kami sentiasa kalah dengan pasukan itu dalam liga"

Bukti sudah ada kalau ambik pemain yang entah apa apa dalam kelab/negeri bakal membuat pasukan kebangsaan tak kemana, contohnya England di kejohanan Euro yang lalu. Ada ka ambik pemain dari Liverpool punya ramai. Dan untuk pengetahuan anda Liverpool hampir saja nak kena tendang dari liga utama dan hanya menduduki di tangga ke 8 BPL. Ya 8. Semua orang tau yang pengurus England tu bekas pemain liverpool. Jadi tak hairan la kan? Lihat sahaja Sepanyol yang tanpa ragu-ragu dipenuhi pemain Barcelona dan Real Madrid. Begitu juga dengan Gemany yang disumbatkan dengan pemain-pemain Bayern Munich dan Borrusia Dortmund.

Situasi sama jugak jadi kepada Malaysia. Kebanyakan anak buah DKRG adalah anak didik beliau sejak bergelar pemain remaja lagi. Jadi dari situ lagi dah agak kita tak akan kemana pada edisi kali ini tapi memandangkan aku dilahirkan di Malaysia dan masih berjiwa Malaysia, jauh disudut hati aku masih nak lihat kejayaan berbekalkan keajaiban di kejohana AFF kali ini. Tetapi kita perlu terima hakikat yang Thailand itu bermain lebih baik dari kita. Mereka bergerak dari kiri dan kanan dengan penguasaan di bahagian tengah dan permainan "one two" di kiri kanan dengan penglibatan seluruh jentera termasuk LB dan RB mereka dan kita? Hmmmmmmmmmmm long ball.

Aku dah taktau nak kata apa ni..kesimpulannya DKRG hang dah boleh belajar buat maruku untuk dibuat jual selepas ni sebab hang dah tak layak disitu. Hang lebih suka bergaduh dengan peminat bola sepak Malaysia, sebagai contoh hang asyik cari alasan dan hang dah lukakan hati peminat dengan asyik menggunakan away kit berbanding dengan home kit tradisi Harimau Malaya yakni jersi kuning. Hang kata tuah hang ada pada jersi biru. Untuk apa orang ramai beli jersi original pada harga RM200 tu kalau pasukan sendiri pun tak pernah pakai? dan sekarang hang makan la tuah hang tu...........




*Cepat laa liga super bermula,aku dah tak sabar nak bergaduh dengan fan pasukan xxxxxx xxxxxxxx ni hihihi.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...