14 April 2012

Aku dan sesuatu

Sedang aku melihat-lihat di mudah.my tiba-tiba aku tertengok harga vespa. Ohhhhhhhh dan serta merta aku rindukan vespa aku. Ya, aku pernah memiliki sebuah vespa super 150. Aku beli kenderaan klasik dan nostalgik itu walaupun dimaklumkan ia tidak mempunyai dokumen. Memikirkan nilai estetik dan minat terhadap kenderaan yang bernama skuter itu apa aku peduli. Aku beli tanpa pengetahuan Mak dan Abah aku. Aku sangat arif tentang peribadi Abah aku yang sangat teliti dalam setiap perkara terutamanya pembelian barangan yang berdaftar milik seperti motor dan kereta. Aku pasti dia akan membantah tindakan aku membeli sebuah kenderaan yang tidak mempunyai dokumen daftar milik, tapi sangkaan aku nyata meleset selepas dia memberi nasihat penjagaan dan sebagainya tentang vespa. Wow! lihat bagaimana nostalgiknya vespa apatah lagi Abah aku juga pernah memiliki vespa dan lambretta satu masa dahulu. Dia cuma membiarkan saja tindakan aku itu tanpa sedikit amarah darinya.

gandingan skuter plastik dan skuter besi milik aku yang mantap


Puas aku melatam vespa itu dengan pelbagai aksi wheelie dan menghalau hantu seluruh kampung dengan berbekalkan ekzos perangnya aku telah membuat keputusan untuk menjualnya. Walaupun berat dihati apa kan daya,aku terdesak di waktu itu. dan ketika itulah Emak aku seperti tidak mengizinkan vespa itu dijual. Aku menjual kenderaan itu kepada seorang ahli band moda moody iaitu sebuah kumpulan muzik reggae ska yang terkenal dengan lagu cover gadis dan bunga.selepas dijual mamat itu tanpa ragu-ragu menukar imej vespa itu menjadi warna diraja.

BAF 4430 gagah mengetuai sebuah konvoi kecil selepas bertukar tangan
Aku juga mempunyai sebuah lagi koleksi skuter iaitu vs125 limited edition,asalnya ia adalah milik kakak ipar aku namun kerana kerap memberi masalah dan renyah dari segi penyelenggaraan dia memberi tanggungjawab menternak binatang itu kepada aku. Kini aku cuma mempunyai dua buah skuter plastik ini


Ramai menyarankan aku jual saja kenderaan ini kerana kos penyelenggaraan yang tinggi namun aku berkeras dengan minat aku terhadap spesis ini. Apatah lagi ianya adalah hadiah dari Abah aku dengan pembelian secara cash untuk aku. Aku menyertai sebuah komuniti skuteris di Taiping iaitu Kicker's motorsport bagi memudahkan urusan baikpulih andai berlaku insiden tak diingini kepada kenderaan roda dua aku itu,hidup secara berkelompok memudahkan aku dalam pelbagai aspek sebenarnya tapi kini komuniti itu sepi sementelah ramai yang sudah hilang darah muda dalam diri,sama seperti aku.

jentera kebanggaan para skuteris Taiping kickers motorsport,juara scooter prix 2007

Walau sudah tidak bergerak aku tetap menyimpan siput gadong aku itu kerana satu hari nanti aku ingin memberi nafas baru kepada ternakan aku ini seterusnya mewarisikan kenderaan unik ini kepada anak-anak aku. Aku juga dalam pencarian untuk mendapatkan sebuah lagi ternakan baru iaitu PX200 atau LML deluxe dalam jangka masa dekat ini dan untuk jangka masa panjang aku mengimpikan sebuah lambretta wengggggggggggggggggggggggg.

lambretta special
LML star deluxe
PX200

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...